Dikarang di tahun ketiga atau keempat di perantauan.
Sajak: Aku Ingin
Oleh: Mohd Zaki
Aku ingin menjadi unggun di atas bukit,
di waktu malam,
tetapi apiku selalu padam.
Aku ingin menjadi rumah api di tepi laut,
di waktu malam,
tetapi cahaya selalu kabur.
Aku ingin menjadi bintang di tengah langit,
di waktu malam,
tetapi langitku selalu tebal.
Akhirnya,
aku cuma menjadi angin musim kemarau,
yang menggantikan kepanasan dengan kehampaan.
Thursday, November 23, 2006
Monday, July 31, 2006
Wednesday, July 05, 2006
24 - Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta.
Sajak yang dikarang di tahun ketiga di perantauan. Tersiar di Dewan Siswa Julai 2006
Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta.
Oleh :Mohd Zaki M.Noor
Dalam sepuluh yang kugelar Cinta,
Belum ada satu yang kukuh memasak teguh,
Pada bumi hati,
Ada sahaja putusnya, di tengah,
Kemudian di tepi kanan kiri,
Kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi,
Kerana cintaku putus,
Terkerat sedetik dari Pencipta.
Kiralah berapa dalam pun,
Hitunglah berapa tinggi pun,
Kemudian ganda dua, kali tiga,
Cinta yang dikumpul dalam takungan diri,
Akhirnya pecah, melimpah,
Kerana kulupa membahagikan hak Cintaku,
Pada empunya Cinta.
Dalam sepuluh Cinta,
Yang kutakrif - ini untuk umat,
Ada sesal paling tirus,
Tetapi agam,
Untukmu,
Yang kugelar Cinta,
Andai bersambung terus pada Tuhan.
8 : 31, 14 Mac 2006,
Madinet Ahlam.
Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta.
Oleh :Mohd Zaki M.Noor
Dalam sepuluh yang kugelar Cinta,
Belum ada satu yang kukuh memasak teguh,
Pada bumi hati,
Ada sahaja putusnya, di tengah,
Kemudian di tepi kanan kiri,
Kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi,
Kerana cintaku putus,
Terkerat sedetik dari Pencipta.
Kiralah berapa dalam pun,
Hitunglah berapa tinggi pun,
Kemudian ganda dua, kali tiga,
Cinta yang dikumpul dalam takungan diri,
Akhirnya pecah, melimpah,
Kerana kulupa membahagikan hak Cintaku,
Pada empunya Cinta.
Dalam sepuluh Cinta,
Yang kutakrif - ini untuk umat,
Ada sesal paling tirus,
Tetapi agam,
Untukmu,
Yang kugelar Cinta,
Andai bersambung terus pada Tuhan.
8 : 31, 14 Mac 2006,
Madinet Ahlam.
Monday, June 26, 2006
23 - Aku Yang Belum Berjiwa Pejuang
Saya tidak pasti bila mengarangnya, tetapi sekitar di tahun ketiga di perantauan.
Sajak : Aku Yang Belum Berjiwa Pejuang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diuji susah lantas lemah.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila di persimpangan jalan lantas bingung.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila ditimpa bencana lantas sedih.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila dicabar sesuatu lantas ragu.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diberi nikmat lantas lupa.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila digoda kesenangan lantas hanyut.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diherdik cerca lantas pilu.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bilakah mahu menafikan semua itu?
Sajak : Aku Yang Belum Berjiwa Pejuang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diuji susah lantas lemah.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila di persimpangan jalan lantas bingung.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila ditimpa bencana lantas sedih.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila dicabar sesuatu lantas ragu.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diberi nikmat lantas lupa.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila digoda kesenangan lantas hanyut.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bila diherdik cerca lantas pilu.
Aku yang belum berjiwa pejuang,
Bilakah mahu menafikan semua itu?
Wednesday, May 17, 2006
Saturday, April 08, 2006
22 - Gila
Sajak ini saya karang di tahun ketiga di Mesir, ketika berada jauh dari semua.
Engkau adalah seorang pecinta
GILA,
yang memburu semua cinta.
Engkau adalah seorang pemikir
GILA,
yang bersongsang sekelian manusia.
Engkau adalah seorang kekasih
GILA,
yang menyakiti hati semua.
Engkau adalah seorang penggila
GILA,
yang mewaraskan kehendak manusia.
Dan sekarang,
dengan semua kegilaan,
Engkau menjadi manusia.
Mohd Zaki M.Noor
11.31, Madinet Ahlam,
Egypt
Engkau adalah seorang pecinta
GILA,
yang memburu semua cinta.
Engkau adalah seorang pemikir
GILA,
yang bersongsang sekelian manusia.
Engkau adalah seorang kekasih
GILA,
yang menyakiti hati semua.
Engkau adalah seorang penggila
GILA,
yang mewaraskan kehendak manusia.
Dan sekarang,
dengan semua kegilaan,
Engkau menjadi manusia.
Mohd Zaki M.Noor
11.31, Madinet Ahlam,
Egypt
Friday, March 24, 2006
21 - Kerana Ukhwah Kurang
Sajak ini saya karang ketika saya di tahun kedua pengajian, ketika itu saya berada di Mansurah, tetapi sajak ini tidak siap, kemudian disempurnakan setahun kemudian ketika saya berada di Iskandariah.
Sajak : Kerana Ukhwah Kurang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor
Sedarkah kadang-kadang,
timbulnya kita,
buat orang lain tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
Kita minyak dia air,
Satu terbit satu terbenam.
Atau celikkah kadang-kadang,
kita tenggelam,
demi orang lain timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
minyak dan air,
bagaimana hendak bercampur.
Hingga kadang-kadang,
pilihlah kita,
mahu tenggelam atau,
mahu timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
yang memijak tampak hodoh,
biar timbul,
yang dipijak tampak bodoh,
biar tenggelam.
Banggakah kita,
jadi minyak lalu timbul,
memijak air lalu tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
atau kita lebih rela,
jadi air,
beri peluang orang lain,
timbul.
Mengapa dua-dua,
tidak mahu jadi minyak,
lalu timbul,
atau dua-dua jadi air,
lalu tiada tenggelam?
Kerana apa?
Kerana ukhwah kurang.
Jadi,
Apa yang kurang?
24 Mac 2005, 19:26,
Madinet Ahlam
Sajak : Kerana Ukhwah Kurang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor
Sedarkah kadang-kadang,
timbulnya kita,
buat orang lain tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
Kita minyak dia air,
Satu terbit satu terbenam.
Atau celikkah kadang-kadang,
kita tenggelam,
demi orang lain timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
minyak dan air,
bagaimana hendak bercampur.
Hingga kadang-kadang,
pilihlah kita,
mahu tenggelam atau,
mahu timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
yang memijak tampak hodoh,
biar timbul,
yang dipijak tampak bodoh,
biar tenggelam.
Banggakah kita,
jadi minyak lalu timbul,
memijak air lalu tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
atau kita lebih rela,
jadi air,
beri peluang orang lain,
timbul.
Mengapa dua-dua,
tidak mahu jadi minyak,
lalu timbul,
atau dua-dua jadi air,
lalu tiada tenggelam?
Kerana apa?
Kerana ukhwah kurang.
Jadi,
Apa yang kurang?
24 Mac 2005, 19:26,
Madinet Ahlam
Friday, March 03, 2006
Hargai Hidup
Sajak : Hargai Hidup
Oleh : Cikgu Latifah Ashaari
Aku bersyukur diberi hidup,
Melihat tuhan menaikkan langit,
Setinggi-tingginya,
Menyinari siang,
Seterang-terangnya.
Aku bisa merenung lautan,
Yang Allah hamparkan,
Seluas-luasnya,
Kaki kotorku dapat,
Melangkahi batas-batas bumi,
Yang Allah bentangkan,
Selebar-lebarnya,
Dan aku dapat tidur,
Dalam kesunyian gelita malam,
Yang Allah gelapkan,
Segelap-gelapnya.
Aku mampu merasa dan meraih,
Nikmat dan anugerah,
Yang Allah berikan,
Sebanyak-banyaknya,
Aku cukup terharu,
Diri bergelar hamba,
Walau di celah-celah kebesarannya,
Di antara-antara keagungannya,
Aku hanya berdiri sebagai,
Sehina-hinanya manusia,
Sekerdil-kerdilnya insan,
Semiskin-miskinnya hamba.
(Pernah disiarkan di Suara Kampus Edisi Gabungan. Minta Izin ya, Cikgu!)
Oleh : Cikgu Latifah Ashaari
Aku bersyukur diberi hidup,
Melihat tuhan menaikkan langit,
Setinggi-tingginya,
Menyinari siang,
Seterang-terangnya.
Aku bisa merenung lautan,
Yang Allah hamparkan,
Seluas-luasnya,
Kaki kotorku dapat,
Melangkahi batas-batas bumi,
Yang Allah bentangkan,
Selebar-lebarnya,
Dan aku dapat tidur,
Dalam kesunyian gelita malam,
Yang Allah gelapkan,
Segelap-gelapnya.
Aku mampu merasa dan meraih,
Nikmat dan anugerah,
Yang Allah berikan,
Sebanyak-banyaknya,
Aku cukup terharu,
Diri bergelar hamba,
Walau di celah-celah kebesarannya,
Di antara-antara keagungannya,
Aku hanya berdiri sebagai,
Sehina-hinanya manusia,
Sekerdil-kerdilnya insan,
Semiskin-miskinnya hamba.
(Pernah disiarkan di Suara Kampus Edisi Gabungan. Minta Izin ya, Cikgu!)
Tuesday, February 14, 2006
20 - Embun Boleh Jadi Hujan
Dikarang ketika di tahun ketiga pengajian, ketika sedih mengenangkan keupayaan diri sendiri.
Sajak : Embun boleh jadi hujan
Oleh : al_jantanie
Mengapa susah hati jadi embun,
Kalaupun belum mampu jadi hujan?
Hujan itu menang kuantiti,
Dia paling banyak,
Hujan itu menang gelaran,
Turun bersama rahmat,
Dan engkau sedih hati jadi embun,
Kemudian air matamu gugur di pagi-pagi kehidupan,
Menceritakan kesedihan.
Tidak mengapa jadi embun,
Mahu jadi seperti hujan usaha sahaja,
Jangan menangis dulu tetapi simpan air mata,
Kemudian gandakan diri sampai cukup gagah lalu,
Hujankan diri ke bumi,
Embun boleh jadi hujan lagi dan lagi.
Embun boleh jadi hujan.
Aku tahu erti sedih, embun!
Tetapi apalah itu kesedihan kalau usaha kau tinggalkan,
Menangis tak bererti kecuali kekalahan,
Usaha!
Kemudian bila tewas jangan sedih tetapi usaha lagi,
Yakinlah, embun boleh jadi hujan.
Memang engkau kecil,
Dan dengan kekerdilan engkau rasa lemah,
Siapalah embun yang menumpang di dedaunan,
Jika dibanding hujan yang membasahkan bumi,
Tetapi gergasinya hujan,
Ada hujan bubuk,
Menitik halus seperti kabus,
Ada hujan renyai,
Turunnya segan-segan,
Ada hujan tengahari,
Cuma menafi panas hingga ke petang,
Engkau dan hujan-hujan ini,
Embunnya engkau berpangkat adik,
Kepada abang.
Memang lemah dan kekurangan,
Jika dibandingkan hujan lebat,
Yang membasahkan seluas daratan,
Atau hujan ribut,
Yang membanjirkan menghancurkan,
Pangkatnya engkau embun kepada hujan-hujan ini,
Setahap ayah kepada anak.
Tetapi kau embun,
Seemas-emas hujan pada hujan-hujan itu,
Baik lagi hujan batu pada dirimu.
Berhentilah membandingkan dirimu dan bersedih,
Masa bukan untuk air mata tetapi usaha!
Lihat apa yang ada pada dirimu.
Embun boleh jadi hujan.
Dan jangan lupa,
Dalam perjalananmu menjadi hujan nanti,
Engkau tidak boleh lari dari merasa,
Lagi dan lagi,
Betapa kau masih kerdil dan kerdil,
Tetapi ingat,
Kalau rajin berusaha,
Embun boleh jadi hujan,
Embun boleh jadi hujan.
00:25,
26.1.2006
Iskandariah
Sajak : Embun boleh jadi hujan
Oleh : al_jantanie
Mengapa susah hati jadi embun,
Kalaupun belum mampu jadi hujan?
Hujan itu menang kuantiti,
Dia paling banyak,
Hujan itu menang gelaran,
Turun bersama rahmat,
Dan engkau sedih hati jadi embun,
Kemudian air matamu gugur di pagi-pagi kehidupan,
Menceritakan kesedihan.
Tidak mengapa jadi embun,
Mahu jadi seperti hujan usaha sahaja,
Jangan menangis dulu tetapi simpan air mata,
Kemudian gandakan diri sampai cukup gagah lalu,
Hujankan diri ke bumi,
Embun boleh jadi hujan lagi dan lagi.
Embun boleh jadi hujan.
Aku tahu erti sedih, embun!
Tetapi apalah itu kesedihan kalau usaha kau tinggalkan,
Menangis tak bererti kecuali kekalahan,
Usaha!
Kemudian bila tewas jangan sedih tetapi usaha lagi,
Yakinlah, embun boleh jadi hujan.
Memang engkau kecil,
Dan dengan kekerdilan engkau rasa lemah,
Siapalah embun yang menumpang di dedaunan,
Jika dibanding hujan yang membasahkan bumi,
Tetapi gergasinya hujan,
Ada hujan bubuk,
Menitik halus seperti kabus,
Ada hujan renyai,
Turunnya segan-segan,
Ada hujan tengahari,
Cuma menafi panas hingga ke petang,
Engkau dan hujan-hujan ini,
Embunnya engkau berpangkat adik,
Kepada abang.
Memang lemah dan kekurangan,
Jika dibandingkan hujan lebat,
Yang membasahkan seluas daratan,
Atau hujan ribut,
Yang membanjirkan menghancurkan,
Pangkatnya engkau embun kepada hujan-hujan ini,
Setahap ayah kepada anak.
Tetapi kau embun,
Seemas-emas hujan pada hujan-hujan itu,
Baik lagi hujan batu pada dirimu.
Berhentilah membandingkan dirimu dan bersedih,
Masa bukan untuk air mata tetapi usaha!
Lihat apa yang ada pada dirimu.
Embun boleh jadi hujan.
Dan jangan lupa,
Dalam perjalananmu menjadi hujan nanti,
Engkau tidak boleh lari dari merasa,
Lagi dan lagi,
Betapa kau masih kerdil dan kerdil,
Tetapi ingat,
Kalau rajin berusaha,
Embun boleh jadi hujan,
Embun boleh jadi hujan.
00:25,
26.1.2006
Iskandariah
Wednesday, January 18, 2006
19 - Ini Yang Terakhir
(Sempena malam raya Aidil Fitri 2006, ketika saya berada jauh dari keluarga bahkan kawan.)
Sajak : Ini Yang Terakhir
Oleh : al_jantanie
Ini Terawih yang terakhir,
Kenapa tidak sedih?
Ini Ramadhan yang terakhir,
Kenapa tidak duka?
Ini detik terakhir,
Doa yang termustajab,
Kenapa tidak minta?
Ini masa terakhir,
Dosa diampunkan,
Kenapa tidak pohon?
Ini malam yang terakhir,
Kenapa tidak berasa apa-apa?
Ini tahajjud yang terakhir,
Kenapa tidak berubah apa-apa?
Inilah Ramadhan terakhir,
Kenapa tidak pilu,
Meninggalkannya?
al_jantanie
manhumi_ilm
Sajak : Ini Yang Terakhir
Oleh : al_jantanie
Ini Terawih yang terakhir,
Kenapa tidak sedih?
Ini Ramadhan yang terakhir,
Kenapa tidak duka?
Ini detik terakhir,
Doa yang termustajab,
Kenapa tidak minta?
Ini masa terakhir,
Dosa diampunkan,
Kenapa tidak pohon?
Ini malam yang terakhir,
Kenapa tidak berasa apa-apa?
Ini tahajjud yang terakhir,
Kenapa tidak berubah apa-apa?
Inilah Ramadhan terakhir,
Kenapa tidak pilu,
Meninggalkannya?
al_jantanie
manhumi_ilm
Tuesday, January 10, 2006
18 - Biar Lagi
Sajak ini dikarang di akhir tahun kedua, atau di awal tahun ketiga saya berada di bumi orang. Dibukukan dalam antologi Cinta dan Rona Kinanah bersama 15 penulis yang lain.
Sajak : Biar Lagi
Oleh : al_jantanie
Mengapa asyik mengaduh sakit,
Kemudian terlantar membiarkan.
Mengapa asyik berserah hingga,
Malam pergi siang pun datang.
Adakah kalau terpinga kaku,
Kau lega kemudian menyesal lagi.
Kalau benar masamu kurang,
Mengapa biarkan habis berlalu?
Dan,
Engkau masih begitu juga.
Sajak : Biar Lagi
Oleh : al_jantanie
Mengapa asyik mengaduh sakit,
Kemudian terlantar membiarkan.
Mengapa asyik berserah hingga,
Malam pergi siang pun datang.
Adakah kalau terpinga kaku,
Kau lega kemudian menyesal lagi.
Kalau benar masamu kurang,
Mengapa biarkan habis berlalu?
Dan,
Engkau masih begitu juga.
Sunday, January 08, 2006
17 - Tolong
Sajak ini dikarang di awal-awal ketika saya berada di Mesir. Kalau tak salah, di akhir tahun pertama.
Sajak: Tolong
Oleh : al_jantanie
Tolong,
Jangan matikan langkah kerna,
Kepimpinan bertukar,
Jangan hentikan pena kerna,
Mandat berpindah,
Jangan matikan cita kerna,
Wajah berganti,
Dan Engkau,
Mengapa?
Kaku sendiri-sendiri.
Tolong,
Jangan sekati langkah sebab,
Penulis melangkau batas masa,
Melepas had ketetapan bahawadia ketua,
dia pembantu,
dia pengikut,
Tetapi,
Batas dicantas saat pena berlari,
Had dikerat saat mandiri berpaksi,
Mengapa harus melemah dan memundur diri?
Tolong,
Jangan meletak wajar di paksi rasa,
Engkau rebah kelak,
Tetapi kukuhkan ia di pentas akal,
Wajarmu terus utuh,
Memegang cita penulis,
Meraja di akli,
Membentuk nubari.
Tolong,
Bukan kerana aku tetapi Dia,
Langkahmu persis langkah pahlawan,
Bila maju pantang undur kembali,
Dan tolong,
Bila berlari sekencang angin,
Bila berpaksi sekukuh gunung.
Tolong,
Andai sendirian jangan futur terus ke hadapan,
Andai lemah jangan kaku terus bertahan,
Andai salah jangan malu terus betulkan,
Andai dan andaian,
Pilihlah yang terbaik kerana Tuhan.
Tolong,
Engkau carikan benar di ladang keazaman.
Jumaat,
9 September,
Cairo.10.20 pagi.
Sajak: Tolong
Oleh : al_jantanie
Tolong,
Jangan matikan langkah kerna,
Kepimpinan bertukar,
Jangan hentikan pena kerna,
Mandat berpindah,
Jangan matikan cita kerna,
Wajah berganti,
Dan Engkau,
Mengapa?
Kaku sendiri-sendiri.
Tolong,
Jangan sekati langkah sebab,
Penulis melangkau batas masa,
Melepas had ketetapan bahawadia ketua,
dia pembantu,
dia pengikut,
Tetapi,
Batas dicantas saat pena berlari,
Had dikerat saat mandiri berpaksi,
Mengapa harus melemah dan memundur diri?
Tolong,
Jangan meletak wajar di paksi rasa,
Engkau rebah kelak,
Tetapi kukuhkan ia di pentas akal,
Wajarmu terus utuh,
Memegang cita penulis,
Meraja di akli,
Membentuk nubari.
Tolong,
Bukan kerana aku tetapi Dia,
Langkahmu persis langkah pahlawan,
Bila maju pantang undur kembali,
Dan tolong,
Bila berlari sekencang angin,
Bila berpaksi sekukuh gunung.
Tolong,
Andai sendirian jangan futur terus ke hadapan,
Andai lemah jangan kaku terus bertahan,
Andai salah jangan malu terus betulkan,
Andai dan andaian,
Pilihlah yang terbaik kerana Tuhan.
Tolong,
Engkau carikan benar di ladang keazaman.
Jumaat,
9 September,
Cairo.10.20 pagi.
Saturday, January 07, 2006
16 - Sudu Dan Kuah
Sajak ini dikarang di tahun ketiga saya di luar negara.
Sajak : Sudu Dan Kuah
Oleh : al_jantanie
Percayakah anda,
Si Tutur jadi bisu,
Bila tidak berkata,
Si Alim jadi jahil,
Bila sombong membata.
Orang kata,
Si Kaya jadi miskin,
Bila suka meminjam,
Si cerdik jadi bodoh,
Bila benci bertanya.
Dan hasilnya,
Bila kuah tidak disudu,
Dan sudu tidak dikuahi,
Orang kata,
Apa ertinya itu semua?
27 Julai 2005,
Kaherah.
01 : 47
Sajak : Sudu Dan Kuah
Oleh : al_jantanie
Percayakah anda,
Si Tutur jadi bisu,
Bila tidak berkata,
Si Alim jadi jahil,
Bila sombong membata.
Orang kata,
Si Kaya jadi miskin,
Bila suka meminjam,
Si cerdik jadi bodoh,
Bila benci bertanya.
Dan hasilnya,
Bila kuah tidak disudu,
Dan sudu tidak dikuahi,
Orang kata,
Apa ertinya itu semua?
27 Julai 2005,
Kaherah.
01 : 47
Wednesday, January 04, 2006
14 - Aku Cuma Si Kecil
Sajak ini di tulis setelah setahun berada di Mesir, di awal-awal tahun kedua pengajian.
Sajak : Aku cuma Si Kecil
Oleh : al_jantanie
Aku cuma Si Kecil,
Yang entah bila akan besar.
Aku cuma Si Kecil,
Berdiri tidak kukuh,
Melangkah tidak jauh,
Terbang tidak tinggi,
Tetapi kecilku,
Kecil tapak tangan,
Nyiru aku tadahkan.
Aku cuma Si Kecil,
Tidak perlu hingga dijulang,
Semakin tinggi,
semakin jauh
Dari orang,
Semakin tinggi,
semakin hilang
Dari pandangan.
Aku cuma Si Kecil,
Dikutip tidak menambah,
Dibuang tidak mengurang,
Tetapi yang bertambah berkurang,
Itulah kemanusiaan.
Aku cuma Si Kecil,
Tetapi lebih besar,
Daripada Si Besar yang berjiwa kecil.
Aku cuma Si Kecil,
Yang mempersoalkan,
Mengapa kita terlalu mengisahkan,
Kecil besar,
Bukankah yang kecil itu kita,
Yang besar itu Tuhan,
Menyatakan,
Engkau juga kecil di sisi Tuhan.
Aku cuma Si Kecil.
1 Ramadhan 142515 Oktober 2004
6.55 malam – Kaherah.
Sajak : Aku cuma Si Kecil
Oleh : al_jantanie
Aku cuma Si Kecil,
Yang entah bila akan besar.
Aku cuma Si Kecil,
Berdiri tidak kukuh,
Melangkah tidak jauh,
Terbang tidak tinggi,
Tetapi kecilku,
Kecil tapak tangan,
Nyiru aku tadahkan.
Aku cuma Si Kecil,
Tidak perlu hingga dijulang,
Semakin tinggi,
semakin jauh
Dari orang,
Semakin tinggi,
semakin hilang
Dari pandangan.
Aku cuma Si Kecil,
Dikutip tidak menambah,
Dibuang tidak mengurang,
Tetapi yang bertambah berkurang,
Itulah kemanusiaan.
Aku cuma Si Kecil,
Tetapi lebih besar,
Daripada Si Besar yang berjiwa kecil.
Aku cuma Si Kecil,
Yang mempersoalkan,
Mengapa kita terlalu mengisahkan,
Kecil besar,
Bukankah yang kecil itu kita,
Yang besar itu Tuhan,
Menyatakan,
Engkau juga kecil di sisi Tuhan.
Aku cuma Si Kecil.
1 Ramadhan 142515 Oktober 2004
6.55 malam – Kaherah.
Tuesday, January 03, 2006
13 - Merdeka
Sajak ini dikarang sejak sebelum ke Mesir lagi, ketika masih bertugas menjadi guru sementara, diminta menyertai pertandingan menulis sajak kalau tak silap, tahun 2003.
Sajak : Merdeka
Oleh : Mohd Zaki
Merdeka,
Hari ini aku merasa bangga,
Menjadi anak Malaysia yang,
Merdeka.
Merdeka,
Engkau lahir dari perjuangan anak bangsa,
Menaruh harapan pada harta dan nyawa,
Demi untukmu,
Merdeka.
Merdeka,
Sebelum engkau lahir,
Sudah banyak darah mengalir,
Setelah engkau lahir,
Masih ada air mata yang dialir.
Merdeka,
Sebelum kelahiranmu,
Bapaku datukku dan moyangku,
Semuanya asyik menantimu.
Merdeka,
Demimu moyangku berjuang,
Demimu datukku berusaha,
Demimu bapaku gembira,
Semata-mata,
Kerana Allah yang esa.
Merdeka,
Moyangku dengan bangga melaungkan “merdeka”,
Datukku dengan gembira melaungkan “merdeka”,
Bapaku dengan suka melaungkan “merdeka”,
Dan kini giliran aku pula,
Merdeka merdeka merdeka.
Merdeka,
Sebelum kelahiranmu,
Moyangku mengangkat senjata,
Serang menyerang tembak menembak,
Satu bom yang dilontar,
Hancur berkecai yang lainnya.
Satu pejuang yang tumbang,
Entah berapa titik air mata,
Mengalir bangga.
Merdeka,
Ketika engkau dalam kandungan,
Datukku tidak pernah putus berdoa,
Moga Tunku Abdul Rahman berjaya,
Bermesyuarat besar tiga bangsa,
Mengumpul duit mencari belanja,
Menghadap Queen Elizabeth di luar negara.
Merdeka,
Ucapkanlah tahniah pada wira negara,
Ucapkanlah terima kasih pada semangat mereka,
Ucapkanlah syukur pada tuhan yang esa.
Merdeka,
Sekarang engkau sudah dewasa,
Lebih empat dekat usia,
Aku tetap berdoa,
Engkau dan Qiamat,
Meninggal dunia satu usia,
Merdeka,
Kini tugas aku pula,
Hidup merdeka memelihara kemerdekaan,
Kerana aku juga ingin,
Mati sebagai anak merdeka.
Merdeka,
Terima kasih merdeka.
Sajak : Merdeka
Oleh : Mohd Zaki
Merdeka,
Hari ini aku merasa bangga,
Menjadi anak Malaysia yang,
Merdeka.
Merdeka,
Engkau lahir dari perjuangan anak bangsa,
Menaruh harapan pada harta dan nyawa,
Demi untukmu,
Merdeka.
Merdeka,
Sebelum engkau lahir,
Sudah banyak darah mengalir,
Setelah engkau lahir,
Masih ada air mata yang dialir.
Merdeka,
Sebelum kelahiranmu,
Bapaku datukku dan moyangku,
Semuanya asyik menantimu.
Merdeka,
Demimu moyangku berjuang,
Demimu datukku berusaha,
Demimu bapaku gembira,
Semata-mata,
Kerana Allah yang esa.
Merdeka,
Moyangku dengan bangga melaungkan “merdeka”,
Datukku dengan gembira melaungkan “merdeka”,
Bapaku dengan suka melaungkan “merdeka”,
Dan kini giliran aku pula,
Merdeka merdeka merdeka.
Merdeka,
Sebelum kelahiranmu,
Moyangku mengangkat senjata,
Serang menyerang tembak menembak,
Satu bom yang dilontar,
Hancur berkecai yang lainnya.
Satu pejuang yang tumbang,
Entah berapa titik air mata,
Mengalir bangga.
Merdeka,
Ketika engkau dalam kandungan,
Datukku tidak pernah putus berdoa,
Moga Tunku Abdul Rahman berjaya,
Bermesyuarat besar tiga bangsa,
Mengumpul duit mencari belanja,
Menghadap Queen Elizabeth di luar negara.
Merdeka,
Ucapkanlah tahniah pada wira negara,
Ucapkanlah terima kasih pada semangat mereka,
Ucapkanlah syukur pada tuhan yang esa.
Merdeka,
Sekarang engkau sudah dewasa,
Lebih empat dekat usia,
Aku tetap berdoa,
Engkau dan Qiamat,
Meninggal dunia satu usia,
Merdeka,
Kini tugas aku pula,
Hidup merdeka memelihara kemerdekaan,
Kerana aku juga ingin,
Mati sebagai anak merdeka.
Merdeka,
Terima kasih merdeka.
Sunday, January 01, 2006
11 - Ada Sesuatu
Antara sajak-sajak terawal dikarang sejak sebelum ke Mesir lagi.
Sajak : Ada sesuatu
Oleh : Mohd Zaki
Ada sesuatu,
Tatkala nafas ditarik panjang,
Di sebalik wajah yang bungkam,
Sesekali mata terpejam,
Lama bagai merenung,
Jauh ke dalam.
Ada sesuatu,
Ketika muka mendongak,
Hari siang bagaikan malam,
Sebak pilu hampa,
Dari mata yang lesu,
Tidak bermaya,
Ada air mata,
Yang mengalir,
Bagaikan sebuah permata,
Sangat berharga dan,
Bermakna.
Ada sesuatu,
Saat di mana nafas berlari,
Turun naik tanpa henti,
Melilau mata mencari sesuatu,
Berdebar-debar dada.
Ada sesuatu,
Tatkala ia berlaku,
Apakah itu?
Sajak : Ada sesuatu
Oleh : Mohd Zaki
Ada sesuatu,
Tatkala nafas ditarik panjang,
Di sebalik wajah yang bungkam,
Sesekali mata terpejam,
Lama bagai merenung,
Jauh ke dalam.
Ada sesuatu,
Ketika muka mendongak,
Hari siang bagaikan malam,
Sebak pilu hampa,
Dari mata yang lesu,
Tidak bermaya,
Ada air mata,
Yang mengalir,
Bagaikan sebuah permata,
Sangat berharga dan,
Bermakna.
Ada sesuatu,
Saat di mana nafas berlari,
Turun naik tanpa henti,
Melilau mata mencari sesuatu,
Berdebar-debar dada.
Ada sesuatu,
Tatkala ia berlaku,
Apakah itu?
Subscribe to:
Posts (Atom)